Thursday 17 November 2011

Program Keajaiban Sains



Pusat Sains Negara.

Alami penerokaan sebenar secara sentuhan tangan dengan bantuan komputer. Program ini dikhususkan kepada pelajar menengah rendah dan atas. Aktiviti yang disediakan menyokong sukatan pelajaran sekolah menengah. Ia dijalankan di makmal yang boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar.

SEKOLAH RENDAH

Program ini dirangka khas untuk pelajar sekolah rendah berumur 7 hingga 12 tahun. Ia dipenuhi dengan pelbagai jenis aktiviti "hands-on" yang dirangka untuk meningkatkan pemikiran kritikal dikalangan pelajar dan membina perasaan ingin tahu mereka terhadap sains. Setiap pelajar diberi peluang untuk membuat pemerhatian, ujikaji, mengumpul dan mentafsir data, membuat inferens dan membuat kesimpulan mengenai yang mereka perolehi.

Aktiviti-aktiviti

* Membuat bola getah
-Mengenali pepejal dan cecair. Membuat eksperimen bagi menukarkan gam (cecair) untuk menjadi bola getah (pepejal)

* Sains bumi
-Menguji bahan seperti batu, batu karang, pasir, arang dan seterusnya bagi kehadiran kalsium karbonat yang berupaya mengeluarkan gas karbon dioksida.

* Asid, alkali dan neutral
-Melakukan eksperimen bagi mengenalpasti bahan-bahan kegunaan harian di rumah sama ada ianya bersifat asid, alkali atau neutral.

* Tindakbalas kimia
-Menjalankan eksperimen tindakbalas kimia yang melibatkan penambahan atau pengurangan haba.

* Kenali kulat dan yis
-Mengenali berbagai jenis kulat yang terdapat pada roti dan juga mengenali yis. Membuat perhatian dengan menggunakan mikroskop di atas kulat dan yis.

* Konduktor dan penebat
-Mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan elektrik (konduktor) dan bahan yang tidak boleh mengalirkan elektik (penebat). Juga mengenalpasti berbagai jenis larutan yang berupaya mengalirkan tenaga elektrik lalu dapat menghasilkan bunyi 'buzzer'.

* Hasilkan alat bunyi-bunyian
-Menggunakan penyedut minuman, cawan polisterin atau bekas filem bagi menghasilkan alat bunyi-bunyian yang mempunyai berbagai kelangsingan bunyi.

* Ais dan Ais Ajaib
-Mengenalpasti apa itu ais dan ais kering. Melakukan eksperimen bagi membezakan keduanya. Membuat pemerhatian ke atas ais kering yang berupaya bertukar daripada pepejal kepada gas (pejalwap) dengan segera

* Kristal dan taman kristal
-Mengenali berbagai jenis kkristal gula, garam, dan berbagai bahan kimia yang lain. Pelajar juga berpeluang untuk membuat taman kristal sendiri.

* Kenali Cahaya
-Mempelajari sifat-sifat cahaya. Juga mempelajari cahaya putih terdiri daripada tujuh warna spectrum - merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

* Ujian makanan
-Membuat ujian kanji, gula, lemak dan protien ke atas pelbagai jenis makanan.

* Udara dan tekanan udara
-Pelajar berpeluang melakukan berbagai eksperimen mengenai udara dan tekanan udara. Juga melakukan aktiviti sains berkaitan tekanan udara seperti 'Kereta Belon", 'Roket Kertas' dan seterusnya.

* Pengembangan dan pengecutan gas / cecair
-Menjalankan eksperimen untuk mengetahui apa yang berlaku apabila gas/cecair dipanaskan atau disejukkan.

* Daya apung
-Melakukan eksperimen bagi mengapungkan telur dengan menggunakan garam. Apabila garam dimasukkan ke dalam bikar yang berisi telur dan air ia akan menambahkan daya apung terhadap telur.

* Corak cap jari
-Menjalankan aktiviti serta membuat pemerhatian terhadap corak cap jari yang terdapat pada jari sendiri. Dapat diperhatikan bahawa setiap individu mempunyai corak cap jari yang berbeza serta unik.

* Eksperimen haba
-Menjalakan eksperimen mengenai perpindahan haba serta mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan haba dengan baik.

* Kenalpasti cacing tanah
-Pelajari sifat-sifat fizikal cacing dan mengenali bahagian cacing tanah yang mana lebih sensitif kepada bau-bauan.

* Stoma
-Mengenali stoma yang merupakan liang seni yang terdapat pada permukaan daun terutamanya pada permukaan bawah daun. Menggunakan teknik pengilat kuku untuk mengenali stoma.

* Mengelaskan tumbuh-tumbuhan
-Mengelas tumbuh-tumbuhan mengikut kategori sama ada ianya jenis berbunga, mengenalpasti jenis urat daun, akar serta jenis batang.

No comments:

Post a Comment