Monday 21 November 2011

Cara Belajar Sains

Cara Belajar Sains Yang Betul

Ramai murid merasakan subjek Sains adalh susah. Sebenarnya Sains merupakan satu subjek yg menarik & mudah dipelajari sekiranya dilakukan dgn cara yg betul. Berikut adalah beberapa cara yg difikirkan boleh memudahkan proses pembelajaran Sains.

a) Buat ulangkaji selalu.


jgn biarkan topik2 bertambah sebelum memulakan ulangkaji. Ulangkaji awal supaya anda tdk menyesal dan panik melihat banyak topik yg belum diulangkaji.

b) Belajar Sains setiap minggu.


Tdk kisah apa jenis Sains, belajarlah Sains setiap minggu. Jgn asyik mempelajari subjek2 lain sahaja. Siapkan kerjarumah dan latihan yg diberikan dan tidak menunggu sehingga peperiksaan hampir tiba.

c) Cuba buat semua bentuk soalan.


Buat semua bentuk soalan, sama ada soalan aneka pilihan (objektif), struktur (subjektif) atau essei. Jgn hanya memilih bentuk2 soalan yg disukai shj.
Beli buku2 kerja yg memberikan model jawapan. Dgn cara begini, anda boleh membandingkan kawapan anda dgn contoh/model jawapan yg diberikan.

d) Beli buku2 soalan tahun2 lepas.


Tujuannya adalah supaya anda dpt membiasakan diri dgn bentuk2 soalan peperiksaan. Anda juga akan tahu ciri2 soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
Cuba jawab soalan2 ini selalu supaya secara tdk langsung anda akan tahu bentuk & ciri soalan yg kerap keluar dlm peperiksaan.
Dgn cara begini juga, anda akan mempelajari banyak topik kerana dlm proses mencari jawapan, anda secara tdk langsung membaca & mempelajari fakta2 bg sesuatu tajuk.

e) Belajar secara teratur.


Fungsi (bg setiap struktur spt sel, organ, bahan, anda mesti tahu apa fungsinya).
Ciri2 (apa ciri2 proses tertentu dlm sel spt mitosis, meiosis...)
Di mana (fikirkan ttg di mana sesuatu proses itu berlaku, sbg contoh fotosintesis)
Contoh (mesti boleh memberikan contoh2 spesifik spt contoh2 asid)
Kesan (banyak soalan yg akan bertanya ttg kesan yg mungkin berlaku bg sesuatu proses atau kejadian. Sbg contoh kesan baik & buruk penggunaan kimia dlm makanan atau penggunaan teknologi dlm kehidupan)
Faktor (ketahui apa faktor2 yg boleh memberi kesan ke atas sesuatu proses atau kejadian spt kadar penyejatan atau kadar fotosintesis)
Graf (kaji dan pelajari graf)
Kenapa (selalu tanya diri anda mengapa. Sbg contoh mengapa darah boleh membeku, kenapa berlaku kejadian siang dan malam. Soalan2 begini membolehkan anda mencari jawapan atau penjelasan)
Melukis & melabel (kaji diagram atau gambar dgn teliti. Buat latihan melukis dan melabelnya tanpa melihat diagram asal)
Definisi (bila mempelajari sesuatu yg baru, pastikan anda tahu menyatakan atau menulis definisinya. Sbg contoh, apa maksud fotosintesis, apa maksud respirasi, dan sebagainya...)


Beri perhatian semasa guru sains anda mengajar di dlm kelas sebab pd masa itulah banyak ilmu pengetahuan & penerangan dicurahkan dan diberikan oleh guru. Jd jgn bermain ketika guru mengajar.

Bila anda belajar Sains dgn cara yg betul dan sesuai, anda sebenarnya mula menjawab Sains dgn lebih baik. Persiapan yg rapi akanmenambah lagi tahap penguasaan anda dlm Sains. Jd, berusahalah dan teruslah mempelajari Sains.

No comments:

Post a Comment