Thursday 20 October 2011

Sains Dan Eksperimen

Sains secara amnya adalah satu bidang keilmuan yang merangkumi proses hasil dan sikap
untuk kesejahteraan manusia. Sains amat menitikberatkan kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang
membolehkan kanak-kanak memahami fenomena di sekeliling mereka. Kanak-kanak juga perlu
dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran
baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka berfungsi dengan baik dalam
kehidupan harian.
Sains di peringkat sekolah rendah diberikan tumpuan kepada mempelajari tentang diri
sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan dan bertujuan melahirkan insan
yang berpengetahuan dan berkemahiran saintifik dalam membentuk masyarakat berbudaya sains
dan teknologi, ikram, dinamik dan progresif supaya lebih bertanggungjawab terhadap alam
sekeliling dan mengkagumi ciptaan alam.
Tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mantap dalam aspek kemahiran saintifik, pelajar
tidak dapat melaksanakan aktiviti penyiasatan dengan berkesan. Sehubungan dengan itu
kurikulum sains sekolah rendah telah diperkenalkan ke seluruh negara mulai sesi persekolahan
1994/1995 (BPG,1995). Murid-murid tahap 2 sekolah rendah mula diajar mata pelajaran sains.
Tenaga pengajar sains perlu merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang inovatif
supaya murid-murid yang akan mempelajari sains dengan mudah,seronok dan berkesan serta
dapat memahami menghayati dan membentuk konsep sains yang tepat dan kukuh dalam minda
kanak-kanak.
Dalam era globalisasi dan masyarakat berteknologi tinggi yang semakin kompleks,
banyak keputusan dibuat memerlukan pendekatan inkuiri sains bagi menghasilkan sesuatu
penyelesaian. Justeru, pelajar perlu mempelajari bukan setakat fakta tetapi menguasai kemahiran
proses sains demi mempertingkatkan kemahiran berfikir mereka secara analitik dan lebih berjaya
dalam menyelesaikan sesuatu masalah (Tobin dan Capie, 1982). Kemahiran proses sains bukan
sahaja bertindak sebagai penyokong untuk aktiviti inkuiri-penemuan, malah ia memainkan
peranan penting dalam membeza dan mengkoordinatkan teori dan bukti.. Melalui pendekatan ini,
pelajar berpeluang menggabungkan pengetahuan saintifik, proses dan kemahiran berfikir untuk
memahami sesuatu konsep. Kajian yang dijalankan oleh Wellington (1989) mendapati
penguasaan kemahiran proses sains adalah lebih tinggi dari segi intelek berbanding dengan
penguasaan fakta dan prinsip sains. Apabila pelajar telah menguasai kemahiran proses sains,
mereka boleh mencari jawapan serta membentuk idea atau konsep sendiri mengenai sebarang
fenomena sains. Dengan ini kanak-kanak akan dapat membetulkan miskonsepsi yang dibuat oleh
mereka sendiri dan membentuk semula konsep baru yang selaras dengan konsep sains yang
sebenarnya melalui proses asimilasi dan akomodasi.
Disamping penggunaan komputer, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian
Pendidikan demi membawa reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang
pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori pengajaranpembelajaran,
pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan
guru.
Oleh yang demikian adalah perlu kita sentiasa melihat dan menilai sejauh manakah
murid-murid menguasai konsep-konsep sains sejak di sekolah rendah lagi agar minat mereka
akan semakin meningkat dan mencapai kecemerlangan dalam bidang sains sebagaimana
kejayaan yang dikecapi oleh negara Jepun dan Korea yang boleh kita contohi.

Thursday 6 October 2011

Contoh Soalan Sains Tahun 6

Modul6 Sec a Force

Wednesday 5 October 2011

Contoh Soalan Sains Tahun 5

Modul5 Sec a Force

Tuesday 4 October 2011

Contoh Soalan Sains Tahun 4

Modul4 Sec a Force